KEWAJA
SK WANGSA JAYA
SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015
Tarikh : 22 Mei 2015
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Waja, SKWJ
GURU : MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK
Sambitan Hari Guru pada tahun 2015 ini disambut dengan meriah bertemakan pakaian serba kuning oleh semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya.
Pelbagai acara diadakan sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini. Acara tersebut termasuklah Bacaan Doa, Bacaan Perutusan Hari Guru 2015 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. Selain itu, murid-murid juga mendengar ucapan dari Ketua Murid, Guru Besar dan YDP PIBG SKWJ.
Guru-guru juga ada membuat persembahan mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Syahbandar, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Murid-murid juga tidak ketinggalan membuat persembahan untuk para guru yang mereka sayangi.
Murid-murid meraikan Sambutan Hari Guru 2015
Penyampaian Hadiah Hari Guru daripada Guru Besar kepada Pengerusi KEWAJA
Bacaan Ikrar Hari Guru diketuai oleh Tuan Guru Besar
Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia oleh semua guru SKWJ
PIBG SKWJ sama-sama meraikan guru-guru SKWJ
Sumbangan Hari Guru daripada PIBG kepada semua guru SKWJ
Sambutan Hari Guru tahun 2015 ini dianjurkan oleh KEWAJA SKWJ. Pihak KEWAJA mengucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya PIBG SKWJ, Guru-guru dan Kakitangan SKWJ serta Murid-murid SKWJ yang disayangi....
TERIMA KASIH