Wednesday, 27 May 2015

MAJLIS PERPISAHAN PN HAMSAH DAN PN AZALINA

MAJLIS PERPISAHAN GURU BERTUKAR

Tarikh : 28 Februari 2015
Hari : Sabtu
Tempat : Kantin Sekolah



Pn. Hamsah Salleh akan berpindah ke Ipoh, Perak


Pn. Azalina Abdul Rahman akan menyambungkan pelajaran ke peringkat sarjana


JASAMU DI KENANG

AHLI JAWATANKUASA KEWAJA 2015

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 201

KEWAJA
SK WANGSA JAYA

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015

Tarikh : 22 Mei 2015
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Waja, SKWJ

GURU : MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Sambitan Hari Guru pada tahun 2015 ini disambut dengan meriah bertemakan pakaian serba kuning oleh semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya.
Pelbagai acara diadakan sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini. Acara tersebut termasuklah Bacaan Doa, Bacaan Perutusan Hari Guru 2015 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. Selain itu, murid-murid juga mendengar ucapan dari Ketua Murid, Guru Besar dan YDP PIBG SKWJ.
Guru-guru juga ada membuat persembahan mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Syahbandar, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Murid-murid juga tidak ketinggalan membuat persembahan untuk para guru yang mereka sayangi.

Murid-murid meraikan Sambutan Hari Guru 2015

Penyampaian Hadiah Hari Guru daripada Guru Besar kepada Pengerusi KEWAJA

Bacaan Ikrar Hari Guru diketuai oleh Tuan Guru Besar

Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia oleh semua guru SKWJ

PIBG SKWJ sama-sama meraikan guru-guru SKWJ

Sumbangan Hari Guru daripada PIBG kepada semua guru SKWJ

Sambutan Hari Guru tahun 2015 ini dianjurkan oleh KEWAJA SKWJ. Pihak KEWAJA mengucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya PIBG SKWJ, Guru-guru dan Kakitangan SKWJ serta Murid-murid SKWJ yang disayangi....

TERIMA KASIH

KEWAJA BOWLING TOURNAMENT 2015

KEWAJA
SK WANGSA JAYA

KEWAJA BOWLING TOURNAMENT 2015

Tarikh : 12 Mei 2015 (Selasa)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall

KEWAJA SKWJ telah menganjurkan satu pertandingan bowling antara guru-guru dan murid-murid. Pertandingan tersebut telah diadakan di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Sebanyak 27 pasukan bowling telah menyertai pertandingan bolwing tersebut. 14 pasukan dari kategori guru manakala 13 pasukan dari kategori murid. 

Johan Pertandingan Bowling kategori guru telah dimenangi oleh Pasukan 1, Naib Johan oleh pasukan 2 dan tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan 12.

Pn. Fatimah - Bowlers terbaik kategori perempuan


Team 1 - Johan
Fatimah Sudar, Wan Mahani dan Shera Nabila




Semua guru dan murid gembira dan berpuas hati dengan penganjuran pertandingan ini.